Thursday, January 21, 2010

.....

Untuk Apakah Anda Membayar Jurugambar Anda

Seperti yang tersiar di dalam majalah Pesona Pengantin
Oleh: Hasnuddin Abu Samah, Pengarah Urusan, Adan Impresif.

Apabila anda mengupah seorang jurugambar untuk merakamkan gambar
majlis perkahwinan anda, beliau akan mengenakan sejumlah harga
tertentu bagi perkhidmatannya. Sekiranya anda tidak memahami akan
proses yang terlibat dalam menghasilkan gambar perkahwinan, anda
tentu akan menganggap harga yang dikenakan adalah tidak setimpal.
Berikut saya senaraikan 5 kos utama yang sebenarnya terlibat dalam
menghasilkan gambar perkahwinan:

1) Kos Peralatan Kamera
Untuk menghasilkan gambar perkahwinan yang baik memerlukan kamera
yang berkualiti. Satu set kamera digital yang baik berharga dalam
lingkungan RM 10,000. Selain dari kos pembelian, kos pemeliharaan
juga diambil kira. Set kamera ini perlu dinaiktaraf, diservis dan
diperbaiki jika berlaku kerosakan. Peralatan digital mengalami
susut nilai yang lebih cepat berbanding peralatan kamera analog.
Dengan mengambil kira semua kos inilah jurugambar mengenakan harga
tertentu untuk perkhidmatan mereka. Ini bermakna, selain mengupah
jurugambar, anda juga sebenarnya membayar kos 'sewa' peralatan
mereka.

2) Kemahiran Jurugambar
Untuk menjadi seorang jurugambar yang baik, seseorang itu perlulah
mempunyai kemahiran fotografi yang tinggi. Selain dari itu,
jurugambar juga perlu mempunyai kemahiran lain seperti kreativiti,
pandai berkomunikasi, mempunyai citarasa yang tinggi dan kemahiran
lain. Kemahiran ini hanya dapat dikuasai dengan pengetahuan,
latihan dan pengalaman. Ini bermakna, semakin tinggi kemahiran
seseorang jurugambar itu, semakin tinggi pula harga yang akan
dikenakan untuk perkhidmatannya.

3) Masa Perkhidmatan
Jurugambar adalah seorang profesional. Ini bermakna, beliau hanya
akan mendapat bayaran dari kerja perkhidmatan yang dilakukan.
Seseorang jurugambar cuma boleh merakam gambar untuk satu majlis
sahaja pada sesuatu masa. Ini bermaksud, masa adalah satu faktor
yang amat bernilai kepada seseorang jurugambar. Dengan itu,
jurugambar mengenakan harga untuk perkhidmatannya berdasarkan
berapa lama masa yang perlu diambil untuk sesuatu tugasan.

4) Perkhidmatan Selepas Rakaman
Setelah jurugambar selesai merakam gambar untuk majlis perkahwinan
anda, tugas beliau sebenarnya tidak habis di situ sahaja. Beliau
perlu menyunting kesemua gambar yang telah dirakam dengan memilih
gambar yang terbaik sahaja. Sekiranya perlu, gambar yang terpilih
akan diperbaiki lagi dari segi kecerahan, kontras, warna,
ketajaman, komposisi dan sebagainya. Seterusnya, barulah gambar
anda tadi akan dicetak. Selepas cetakan gambar siap, jurugambar
akan meneliti kembali kualiti cetakan gambar. Gambar yang tidak
sempurna akan dicetak kembali agar mencapai tahap kualiti yang
dikehendaki. Akhir sekali, kesemua gambar-gambar tersebut akan
disusun ke dalam album sebelum diserahkan kepada pelanggan.

5) Kos material
Selain dari kos perkhidmatan yang disebutkan di atas, kos material
juga terlibat dalam menentukan harga perkhidmatan seseorang
jurugambar. Antara kos material yang terlibat ialah kos
pengangkutan, cetakan gambar, album, bil telefon, kos promosi serta
lain-lain kos peniagaan.

Dengan mengetahui kos sebenar yang terlibat dalam menghasilkan
gambar perkahwinan, diharap anda akan lebih menghargai peranan
seorang jurugambar walaupun anda terpaksa mengeluarkan sejumlah
wang untuk membayar perkhidmatannya. Walau apa pun, sememangnya
berbaloi untuk membelanjakan wang kepada sesuatu yang boleh anda
tatap sehingga ke akhir hayat. Tambahan pula, ianya adalah gambar
hari yang paling bahagia dalam hidup anda.

Friday, January 15, 2010

Joy and Art








thanks for viewing

rgds,

amansalleh
intai intai production
photographer
012-359 7646

Tuesday, January 12, 2010

PRODUCT- AKEEYA





our commercial product shoot

regards
amansalleh
intai-intai production

Thursday, January 7, 2010

our journey episode 1





trip to pulau ketam ngn intai2 production team.kteorg sampai sini pg jam 10am,so ngn kesejukan aircond 'speedboat' pastu tmbh lak ngn angin sepoi2 kt jeti ni,mmg meremangkn bulu roma kteorg sdikit sebyk.tmbh lg kteorg xjmpe lgsg org melayu kita kt sini..tp culture dorg ni mmg bgs,pnuh ngn oldtimer.1 kelebihan kt sini ialah takda mat rempit sbb sumenye men kayuh beskal.smpe kteorg pn kene sewa beskal kalu nk jln2 kt perkampungan ni.tmpt ni mmg bgs utk sesiapa yg rase nk try shoot culture.SCENE yg cantik jgn nk harap sgt la,tp paling best skali dpt tgk bot dan budaya masyarakat yg ade kt luar haruk pikuk bandar.perggghhhh..rase mcm nk pegi lg jek even penat nk mam mngayuh beskal sampai bertolak tuh..hahahaha...anyway,tambang 'speedboat' cuma rm14 return dan rm5 sewa beskal..kalu rase nk lepak2 mamak ke bistro ke apetah lg nk tgk wayang ni bkn tmptnye la..sekian wassalam...

Monday, January 4, 2010

YOUR STORY IS WORTH TELLING






When the time is speechless, we capture your best moment.
Don't want to be near you for the thoughts we share but the words we never have to speak. It is amazing at how small a price may the wedding ring be placed upon a worthless hand, but by the beauty of our law, what heaps of gold are indispensable to take it off. So we at INTAI-INTAI will bring you to the highest level of art.......

aku 2010



Dalam thn ni maka g
enaplah umur ku 28 dan genap 2 thn aku men tembak2 org nih..aku lebih dikenali sebagai anakmatsalleh sblm nih,tp oleh kerana anjakan paradigma yg melanda medula oglongata dan tulang belakang aku maka aku mnginjak dr kedudukan yg lame utk berada ke tahap yg lebih advance bersama team yg amat memahami kerjaya dan harapan aku..harapan sentiasa ade dlm diri setiap insan kt mangkubumi nih..begitu juga la aku dan rakan2 di intai-intai production nih..wsalam..